Wednesday, 25 January 2012

Bagaimana kami membungkus setiap Perfume sebelum penghantaran?

Salam sejahtera kepada semua pelanggan PerfumeManiaPage dan peminat perfume sekalian,

Ramai yang bertanya kepada kami: " eh cas penghantaran u rm10??" , " x pecah ke perfume sy kalau hantar pakai courier tu?"

Dan setiap kali-lah kami akan menjawab: "RM10 tu murah dan setimpal:) sebab hantar perfume ni bukan macam hantar barang kosmetik atau hardware. Perfume ni barang luxury dan mudah pecah, maka langkah2 keselamatan yang perlu di ambil juga adalah tinggi dah memerlukan kos yang tinggi". Memang x berbaloi kalau anda bayar duit beratus tapi bila sampai perfume tu pecah :( Maka dengan bayaran rm10 bagi cas penghantaran ni, keselamatan perfume anda berada di tahap yang baik dan anda akan menerima perfume dengan sempurna di hadapan pintu anda pada ke-esokan harinya:)

Bagi pengetahuan anda semua, kami telah menjalankan perniagaan ini hampir 3 tahun dan kebanyakan pelanggan membeli perfume melalui internet dan kami akan menggunakan khidmat courier bagi tujuan penghantaran. Nisbah perfume pecah bagi penghantaran adalah 1 dalam 200 botol. Ya! memang tidak dapat di nafikan, kemungkinan untuk perfume pecah masih ada walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil. Ini tidak dapat di elakkan dan sememangnya di luar kawalan kami. Kemalangan dan jenis pengendalian yang kasar oleh pihak courier ada di luar kawalan kami. Tapi seperti yang dinyatakan tadi, risiko untuk pecah adalah sangat rendah (1 dalam 200 botol) dan kami sangat mempercayai penyedia khidmat courier kami:)
Kami telah menghantar perfume ke Sabah, Sarawak, Brunei, Indonesia, Singapura tanpa sebarang rekod perfume pecah, Maka jawapan bagi: " x pecah ke perfume sy kalau hantar pakai courier tu?" ialah " tidak :) "

Untuk meredakan rasa ingin tahu anda tentang bagaimana kami membungkus perfume anda sebelum penghantaran, sila rujuk gambar di bawah. Mungkin anda akan tidur lebih lena malam ini setelah memikirkan bahawa perfume anda berada dalam keadaan selamat dan akan sampai dengan sempurna kepada anda pada pagi esok:)

1 comment:

  1. It is really very helpful for us and I have gathered some important information from this blog.
    Best Attars for Men, Women - Ahsan Fragrances

    ReplyDelete